Saturday, 19 October 2013

KESAN TELEKOMUNIKASI TERHADAP MASYARAKAT LUAR BANDAR

      Perkembangan telekomunikasi yang semakin hari semakin canggih kini telah memberikan impak yang besar kepada semua golongan masyarakat di dunia khususnya di Malaysia sendiri. terdapat pelbagai aspek yang perlu dilihat dalam kepentingan penggunaan telekomunikasi antaranya aspek sosial, ekonomi dan pendidikan. oleh itu dengan adanya sistem telekomunikasi yang meluas membolehkan urusan kerja menjadi semakin mudah dan cepat.

      Dari segi sosial, sistem telekomunikasi yang meluas membolehkan masyarakat dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan senang. tanpa ada pertemuan mereka boleh berhubung melalui atas talian contohnya menggunakan media sosial sebagai penyambung. melalui kaedah ini hubungan sesama manusia menjadi semakin erat khususnya masyarakat luar bandar. mereka akan lebih mengetahui perkara luar seperti berita, maklumat semasa dan sebagainya. kepesatan sistem telekomunikasi yang canggih hari ini juga memudahkan masyarakat luar bandar untuk berhubung antara mereka, contohnya dengan adanya internet tanpa wayar di kampung-kampung, dengan adanya wifi di kedai-kedai makan berhampiran telah menjadikan masyarakat luar bandar setaraf dengan masyarakat bandar dari segi penggunaan internet.

     dalam kegiatan ekonomi juga ia memberikan satu cara yang lebih baik untuk melakukan perniagaan atas talian. penduduk luar bandar selalunya mempunyai perniagaan sendiri dan bergerak secara tidak formal. namun dengan adanya penggunaan telekomunikasi ini masyarakat luar bandar boleh mempromosikan barangan mereka secara lebih efektif lagi dengan cara menggunakan media sosial, mudah.my, blog dan sebagainya. hal ini dapat menjadikan masyarakat luar bandar menggunakan lebih kaedah dalam proses perniagaan. contohnya di kelantan terdapat perniagaan e-serunding, e-keropok lekor dan sebagainya.

   dari segi pendidikan pula masyarakat luar bandar selalunya tidan terdedah dengan informasi-informasi menegnai kaedah pembelajaran. dengan adanya sistem telekomunikasi yang meluas, masyarakat diajar untuk menggunakan komputer dengan betul contohnya mengadakan bengkel pembelajarn komputer di kawasan-kawasan kampung bertujuan untuk memahirkan anak-anak dengan komputer. sistem pendidikan akan menjadi lebih baik jika masyarakat tahu tentang kepentingannya contohnya mereka dapat belajar tentang cara-cara menjawab peperikasaan bagi golongan yang masih belajar. mereka juga dapat belajar tentang semua benda yang tidak pernah diketahui selama ni.

    Walaubagaimanapun, jika dilihat dari perspektif yang positif ianya dapat memberikan pelbagai kemudahan kepada masyarakat luar bandar, namun harus diingat bahawa terdapat juga kesan yang negatif jika ianya digunakan secara tidak betul, contohnya dalam penggunaan media sosial pada hari ini. Masyarakat luar bandar kini sudah mula celik dalam penggunaan internet, mereka menggunakan media sosial seperti facebook bertujuan untuk mengumpat, membuang masa dengan bersembang tanpa isi, dan yang paling tidak wajar menggunakan facebook untuk berinteraksi  tentang perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap orang lain, contohnya menghasut, menghina, menfitnah dan sebagainya.

  kesan yang negatif daripada sistem telekomunikasi yang meluas juga menjadikan masyarakat kurang berinteraksi satu sama lain, jika dahulu perbualan antara rakan-rakan menjadi satu prkara yang indah dan seronok semasa lepak, namun hari ini jika kita lihat rakan-rakan kita juga sudah mula sibuk dengan gajet yang mereka ada, perbualan menjadi terhad kerana masing-masing menunduk ke arah telefon untuk melihat mesej-mesej daripada facebook, wechat, instagram, dan sebagainya. Hal ini membuatkan masyarakat luar bandar yang dulu mesra dalam bercakap kini sudah tidak ada lagi. dengan kata lain ianya menjarakkan yang dekat dan mendekatkan yang jauh.
       






     




   



1 comment:

  1. BetMGM Casino Review 2021 - Mapyro
    Find the 경산 출장샵 cheapest 서귀포 출장마사지 and quickest way to deposit 정읍 출장마사지 and withdraw your winnings. BetMGM 진주 출장안마 Casino is currently 광명 출장샵 offering free spins and welcome bonus offers as well.

    ReplyDelete