kepesatan sistem telekomunikasi pada hari ini telah memberikan tempias kepada budaya dan cara kehidupan masyarakat khususnya di Malaysia. Masyarakat di Malaysia kini khususnya ibu bapa telah mencorak anak-anak untuk lebih mengenal komputer dan kesemua yang berkaitan dengan sistem telekomunikasi. tanpa kita sedar ianya sedikit sebanya menghakis adat dan budaya kita yang sekian lama. namun semuanya tidak mustahil jika kita menjadkan teknologi sebagai pemudah cara dalam sesuatu tindakan.
Kini dapat kita lihat, anak-anak kecil sudah pandai menggunakan gajet untuk bermain games, bersosial melalui laman-laman sosial dan sebagainya. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakan anak-anak mereka. seperti yang kita tahu, anak-anak yang berumur dalam lingkungan 6 bulan juga sudah mula diajar cara menggunakan tablet, smartphone dan sebagainya. ianya akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada kelakuan dan kehidupan anak-anak kita pada masa hadapan. pada pandangan saya ianya baik untuk mengelakkan daripada anak-anak bersosial di luar rumah. namun jika penggunaan gajet ini digunakan secara tidak betul ianya akan lebih mendatangkan kesan yang negatif terhadap pemikiran, kelakuan dan tindakan anak-anak.
Dengan memberikan kemudahan dalam penggunaan gajet kepada anak-anak yang masih kecil ini juga akan menjadikan anak-anak hilang tumpuan terhadap manusia. contohnya ia akan lebih fokus kepada gajet sahaja dan tidak akan menyukai perbualan sebaliknya lebih akan berdiam diri dan menghabiskan masa dengan gajet dalam seharian. perkara ini akan menjadi serius sehingga mereka remaja kerana setiap perkara yang diamalkan sewaktu kecil akan terbawa-terbawa sehingga kita mencapai tahap remaja. keadaan ini memberikan kesan yang tidak baik kepada diri mereka sendiri, malah kebahagian dalam keluarga juga tidak dapat dirasai jika anak-anak kurang berkomunikasi.
Pada pandangan saya juga, ianya akan membawa kepada kesan yang positif dan negatif jika ibu bapa pandai untuk meluangkan masa kepada anak-anak mereka. Penggunaan gajet bukanlah benda yang semuanya memberi kesan yang tidak baik. seperti apa yang diperkatakan, gajet seperti tablet, i pad, smartphone jika diberikan kepada anak-anak mungkin mereka akan lebih kehadapan untuk merasai kemajuan dunia. sama seperti kita juga, kita dibesarkan dengan gaya hidup yang berbeza. namun cara pendidikan itu penting untuk pengekalan contohnya melalui pendidikan sejarah dan sebagainya. ibu bapa juga perlu selalu bercerita tentang adat dan budaya terdahulu supaya anak-anak tidak akan terus melupakan kegiatan masyarakat terdahulu.
No comments:
Post a Comment