Saturday, 19 October 2013
PERKEMBANGAN SEJARAH GENERASI KOMPUTER
sebelum adanya beberapa alat elektronik yang canggih seperti laptop, i pad, android dan sebaginya kita hanya menggunkan komputer untuk alat magnetik, alat perhubungan bagi melakukan sesuatu perkara. kin komputer digunakan untuk tujuan pelbagai benda. jika diimbas kembali komputer pada asalnya adalah alat untuk menghitung angka-angka yang besar. namun jika dilihat pada hari ini daripada anak-anak kecil sehinggakan dewasa semuanya sudah pandai untuk menggunakan komputer, namun masih ada segelintir sahaja yang belum mahir dalam mengetahuinya dan belum mencuba.
komputer generasi ketiga pula wujud pada tahun 1965-1970 iaitu fungsi transistor diganti dengan ic (integrated circuit) atau rangkaian terpadu. daripada sekeping ic ianya dapat menggantikan beberrapa transistor, diode dan resistor sekaligus sehingga komputer ini dapat melakukan proses dengan lebih baik hasilnya daripda generasi sebelumnya. ukuran komputer juga menjadi semakin kecil malah dapat menghasilkan kecepatan yang lebih tinggi berbanding yang sebelumnya.
generasi komputer yang keempat pula adalah sekita tahun 1970 di mana komponen komputer sudah menggunakan VLSI (very large scale ic) iaitu ic yang digunakan mampu ditingkatkan sehingga ratusan bahkan ribuan kali dengan ukuran fizik yang semakin kecil.
manakala komputer generasi kelima adalah komputer pada masa kini. pakar komputer sudah memikirkan bagaimana untuk membuat komputer dengan komponen utama, iaitu AL (artificial inteligent) atau kepandaian buatan yang mana dapat menentukan sikap diri sendiri jika ianya menerima data. komputer masa kini juga boleh merangkumi semua alatan seperti smartphone, ipad, tablet dan sebagainya. oleh itu ianya berkembang dari masa ke semasa untuk lebih berkemampuan dan canggih.
Walaubagaimanapun, jika kita mengangap gajet dan laptop yang ada kini sudah canggih namun tidak bermakna ianya akan canggih sampai ke tahap ini saja malah ianya akan terus berkembang sehingga yang lebih kedepan lagi. mungkin suatu hari nanti kehidupan akan diatur oleh komputer.
KESAN PERMAINAN KOMPUTER KEPADA REMAJA 15 TAHUN KEATAS
Pengunaan sistem telekomunikasi yang meluas pada era ini telah sedikit sebanyak menghapuskan budaya yang sedia ada dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini, jika dahulu masyarakat kampung khususnya remaja 15 tahun ke atas mempunyai permainan tertentu untuk mengisi masa lapang mereka. contohnya permainan padang yang mengukir seribu satu sejarah yang dapat diimbau kemabali jika dewasa kelak. namun pada hari ini masyarakat kampung khususnya penduduk luar bandar sudah tidak kenal permainan-permainan yang boleh dikira sebagai budaya kesenian. mereka tidak lagi menggukan congkak untuk menghabiskan waktu lapang, tidak ada lagi riuh rendah di kwasan padang melihat anak-anak remaja bermain. Semua itu hanya tinggal sejarah kerana masyarakat kini lebih terdedah dengan permainan komputer seperti game, gajet yang canggih dapat memuatkan semua benda yang boleh memberi kepuasan kepada kita.
Masyarakat remaja kini banyak menghabiskan masa mereka terhadap permainan komputer berbanding bersosial dengan rakan-rakan mereka. oleh itu ianya akan mendatangkan kesan yang negatif seperti kurangnya skill komunikasi bila bercakap. kadang-kadang cara ini juga membolehkan kita belajar untuk menguatkan minda kita namun jika ianya digunakan dengan sepenuh masa akan memberik kesan kepada cara kita bersosial. dengan kata lain masyarakat masa kini sudah meninggalkan budaya dan permainan yang sedia ada kerana ditelan arus perkembangan sistem telekomunikasi.
Pengaruh daripada permainan tersebut juga akan memberikan kesan yang negatif kepada remaja khususnya mereka yang kurang diberikan perhatian oleh ibu bapa. contohnya games yang ganas sehinggakan boleh terbawa-bawa dalam keadaan sebenar. jika ianya mengancam keselamatan orang lain boleh dikatakan dapat memberikan kesan yang tidak baik. contohnya games yang berunsurkan perang, pembunuhan, buli dan sebagainya. Oleh itu tidak sewajarnya jika ianya diamalkan sehingga dapat memberikan pengaruh terhadap keadaan sebenar.
Walaubagaimanapun, masih ada perkara yang positif dalam permainan komputer seperti games, ianya boleh dianggap dapat mengisi masa lapang jika terlalu bosan dalam seharian. contohnya menggunakan permainan tersebut semasa menunggu, untuk melepaskan rasa kesunyian, untuk menguatkan lagi pemikiran dan sebagainya. terdapat juga games yang dapat membina kekuatan mental kita contohnya permainan catur. games seperti ini bagus untuk remaja mengaplikasikan bagaimana mereka berfikir dalam pembelajaran khususnya matematik.
Justeru itu, dapat kita katakan bahawa penggunaan aplikasi atau permainan komputer dapat memberikan kesan yang negatif dan positif. jika remaja itu sendiri pandai menguruskan masa dengan betul sudah tentu akan dapat mengimbangi masa untuk permainan komputer dan bersosial dengan rakan-rakan secara berhadapan. oleh itu tidak ada yang mustahil dalam hidup, semuanya terletak pada diri sendiri.
KESAN PENGGUNAAN APLIKASI KOMPUTER TERHADAP KANAK-KANAK ENAM BULAN
kepesatan sistem telekomunikasi pada hari ini telah memberikan tempias kepada budaya dan cara kehidupan masyarakat khususnya di Malaysia. Masyarakat di Malaysia kini khususnya ibu bapa telah mencorak anak-anak untuk lebih mengenal komputer dan kesemua yang berkaitan dengan sistem telekomunikasi. tanpa kita sedar ianya sedikit sebanya menghakis adat dan budaya kita yang sekian lama. namun semuanya tidak mustahil jika kita menjadkan teknologi sebagai pemudah cara dalam sesuatu tindakan.
Kini dapat kita lihat, anak-anak kecil sudah pandai menggunakan gajet untuk bermain games, bersosial melalui laman-laman sosial dan sebagainya. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakan anak-anak mereka. seperti yang kita tahu, anak-anak yang berumur dalam lingkungan 6 bulan juga sudah mula diajar cara menggunakan tablet, smartphone dan sebagainya. ianya akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada kelakuan dan kehidupan anak-anak kita pada masa hadapan. pada pandangan saya ianya baik untuk mengelakkan daripada anak-anak bersosial di luar rumah. namun jika penggunaan gajet ini digunakan secara tidak betul ianya akan lebih mendatangkan kesan yang negatif terhadap pemikiran, kelakuan dan tindakan anak-anak.
Dengan memberikan kemudahan dalam penggunaan gajet kepada anak-anak yang masih kecil ini juga akan menjadikan anak-anak hilang tumpuan terhadap manusia. contohnya ia akan lebih fokus kepada gajet sahaja dan tidak akan menyukai perbualan sebaliknya lebih akan berdiam diri dan menghabiskan masa dengan gajet dalam seharian. perkara ini akan menjadi serius sehingga mereka remaja kerana setiap perkara yang diamalkan sewaktu kecil akan terbawa-terbawa sehingga kita mencapai tahap remaja. keadaan ini memberikan kesan yang tidak baik kepada diri mereka sendiri, malah kebahagian dalam keluarga juga tidak dapat dirasai jika anak-anak kurang berkomunikasi.
Pada pandangan saya juga, ianya akan membawa kepada kesan yang positif dan negatif jika ibu bapa pandai untuk meluangkan masa kepada anak-anak mereka. Penggunaan gajet bukanlah benda yang semuanya memberi kesan yang tidak baik. seperti apa yang diperkatakan, gajet seperti tablet, i pad, smartphone jika diberikan kepada anak-anak mungkin mereka akan lebih kehadapan untuk merasai kemajuan dunia. sama seperti kita juga, kita dibesarkan dengan gaya hidup yang berbeza. namun cara pendidikan itu penting untuk pengekalan contohnya melalui pendidikan sejarah dan sebagainya. ibu bapa juga perlu selalu bercerita tentang adat dan budaya terdahulu supaya anak-anak tidak akan terus melupakan kegiatan masyarakat terdahulu.
KESAN TELEKOMUNIKASI TERHADAP MASYARAKAT LUAR BANDAR
Perkembangan telekomunikasi yang semakin hari semakin canggih kini telah memberikan impak yang besar kepada semua golongan masyarakat di dunia khususnya di Malaysia sendiri. terdapat pelbagai aspek yang perlu dilihat dalam kepentingan penggunaan telekomunikasi antaranya aspek sosial, ekonomi dan pendidikan. oleh itu dengan adanya sistem telekomunikasi yang meluas membolehkan urusan kerja menjadi semakin mudah dan cepat.
Dari segi sosial, sistem telekomunikasi yang meluas membolehkan masyarakat dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan senang. tanpa ada pertemuan mereka boleh berhubung melalui atas talian contohnya menggunakan media sosial sebagai penyambung. melalui kaedah ini hubungan sesama manusia menjadi semakin erat khususnya masyarakat luar bandar. mereka akan lebih mengetahui perkara luar seperti berita, maklumat semasa dan sebagainya. kepesatan sistem telekomunikasi yang canggih hari ini juga memudahkan masyarakat luar bandar untuk berhubung antara mereka, contohnya dengan adanya internet tanpa wayar di kampung-kampung, dengan adanya wifi di kedai-kedai makan berhampiran telah menjadikan masyarakat luar bandar setaraf dengan masyarakat bandar dari segi penggunaan internet.
Dari segi sosial, sistem telekomunikasi yang meluas membolehkan masyarakat dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan senang. tanpa ada pertemuan mereka boleh berhubung melalui atas talian contohnya menggunakan media sosial sebagai penyambung. melalui kaedah ini hubungan sesama manusia menjadi semakin erat khususnya masyarakat luar bandar. mereka akan lebih mengetahui perkara luar seperti berita, maklumat semasa dan sebagainya. kepesatan sistem telekomunikasi yang canggih hari ini juga memudahkan masyarakat luar bandar untuk berhubung antara mereka, contohnya dengan adanya internet tanpa wayar di kampung-kampung, dengan adanya wifi di kedai-kedai makan berhampiran telah menjadikan masyarakat luar bandar setaraf dengan masyarakat bandar dari segi penggunaan internet.
dalam kegiatan ekonomi juga ia memberikan satu cara yang lebih baik untuk melakukan perniagaan atas talian. penduduk luar bandar selalunya mempunyai perniagaan sendiri dan bergerak secara tidak formal. namun dengan adanya penggunaan telekomunikasi ini masyarakat luar bandar boleh mempromosikan barangan mereka secara lebih efektif lagi dengan cara menggunakan media sosial, mudah.my, blog dan sebagainya. hal ini dapat menjadikan masyarakat luar bandar menggunakan lebih kaedah dalam proses perniagaan. contohnya di kelantan terdapat perniagaan e-serunding, e-keropok lekor dan sebagainya.
dari segi pendidikan pula masyarakat luar bandar selalunya tidan terdedah dengan informasi-informasi menegnai kaedah pembelajaran. dengan adanya sistem telekomunikasi yang meluas, masyarakat diajar untuk menggunakan komputer dengan betul contohnya mengadakan bengkel pembelajarn komputer di kawasan-kawasan kampung bertujuan untuk memahirkan anak-anak dengan komputer. sistem pendidikan akan menjadi lebih baik jika masyarakat tahu tentang kepentingannya contohnya mereka dapat belajar tentang cara-cara menjawab peperikasaan bagi golongan yang masih belajar. mereka juga dapat belajar tentang semua benda yang tidak pernah diketahui selama ni.
Walaubagaimanapun, jika dilihat dari perspektif yang positif ianya dapat memberikan pelbagai kemudahan kepada masyarakat luar bandar, namun harus diingat bahawa terdapat juga kesan yang negatif jika ianya digunakan secara tidak betul, contohnya dalam penggunaan media sosial pada hari ini. Masyarakat luar bandar kini sudah mula celik dalam penggunaan internet, mereka menggunakan media sosial seperti facebook bertujuan untuk mengumpat, membuang masa dengan bersembang tanpa isi, dan yang paling tidak wajar menggunakan facebook untuk berinteraksi tentang perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap orang lain, contohnya menghasut, menghina, menfitnah dan sebagainya.
kesan yang negatif daripada sistem telekomunikasi yang meluas juga menjadikan masyarakat kurang berinteraksi satu sama lain, jika dahulu perbualan antara rakan-rakan menjadi satu prkara yang indah dan seronok semasa lepak, namun hari ini jika kita lihat rakan-rakan kita juga sudah mula sibuk dengan gajet yang mereka ada, perbualan menjadi terhad kerana masing-masing menunduk ke arah telefon untuk melihat mesej-mesej daripada facebook, wechat, instagram, dan sebagainya. Hal ini membuatkan masyarakat luar bandar yang dulu mesra dalam bercakap kini sudah tidak ada lagi. dengan kata lain ianya menjarakkan yang dekat dan mendekatkan yang jauh.
Subscribe to:
Comments (Atom)




